Sabtu, 18 Oktober 2014

ALLAH, Dengan Nama MU aku hidup

~ Ataxia


https://bos.etapestry.com/prod/viewEmailAsPage.do?databaseId=NationalAtaxiaFoundation&shareMedium=label.facebook&etapCacheBuster=1413389748479&jobRef=1195.0.29082703

Kajian demi kajian dilakukan, sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Tiada jawapan ditemui.
Inilah tanda kebesaran ALLAH. Tiada yang mampu menandingi kuasaNYA, kehebatanNYA, kebijaksanaanNYA mngatur setiap makhluqNYA

Inilah juga dalil bahawa hanya kepada ALLAH jua, setiap makhluq bergantung harap, sandarkan doa dan harapan.

Doktor Pakar juga ada beritahu, banyak yang dilakukan daripada x-Ray, Ct-scan, MRI demi MRI untuk mencari jawapan punca penyakit yang sebenar, tiada jawapan yang ditemui. Hanya berdasarkan simptom yang dialami dan ujian fizikal, rumusan terakhir terpaksa diakur. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui jawapan segala kesulitan ini.

Doktor bukan tuhan, hanya makhluq yang diberi kebolehan, kecerdasan akal untuk membantu sesama insan dalam usaha rawatan secara klinikal.

Pada saya, wahai thobib, Doktor sekalian, selain rawatan secara klinikal, ada baik juga usaha rawatan diiringi dengan pemakanan sunnah, rawatan berbekam, urutan, rawatan Islam, herba dan sebagainya serta solat, zikir dan doa.

Sebelum ini, saya berjanji pada diri, jika saya ditaqdirkn menghidapi penyakit ataxia ini, saya akan berusaha sehabis baik berikhtiar dengan rawatan lain dan moga menjadi panduan kepada generasi sekarang atau akan datang yang mungkin akan mengidapi penyakit yang sama. Walaupun, pasti ada cabaran besar yang perlu saya tempuhi. Tapi, saya tahu saya tidak keseorangan. Saya ada ALLAH, saya ada keluarga bersama saya.

Tidak sekali saya berbangga dengan penyakit ini. Cuma ingin berkongsi rasa, sakit tidak akan membawa kita seribu duka, malah membawa kita berjuta bahagia kerana hikmah disebaliknya pasti ada untuk kita.

Walaupun ia amat dikenali dengan incurable disease, tiada ubat untuk menyembuhkannya, maut menanti bila-bila masa sahaja.

Ketahuilah dan yakinlah, mati itu bukan permulaan duka, tapi permulaan bahagia menuju kepada Pencipta kita.

- Saya Alyani Aziz, penghidap spinal cerebellar ataxia.

3 ulasan:

  1. salam...
    bole saya mengenali diri awak...saya juga baru2 ni neurologist suspect penyakit yang sama...SCA
    mohon mengenali diri awak agar dapat kita share pengalaman.
    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam...
      Maafkan saya, saya tak perasaan ada komentar dari saudari 4 tahun yang lalu. Saya pula jarang jenguk ke blog saya ni. Maaf ye... Takda masalah pun saudari. Saya Alyani Aziz dari kelantan. Boleh panggil saya Yani.

      Apa khabar keadaan saudari sekarang?

      Padam
  2. Wa'alaikumussalam...
    Maafkan saya, saya tak perasaan ada komentar dari saudari 4 tahun yang lalu. Saya pula jarang jenguk ke blog saya ni. Maaf ye... Takda masalah pun saudari. Saya Alyani Aziz dari kelantan. Boleh panggil saya Yani.

    Apa khabar keadaan saudari sekarang?

    BalasPadam