Jumaat, 30 April 2010

Berakhirnya sebuah penderitaan sepupuku, Kak za

Assalamu'alaikum...

Berita yang amat mengejutkan Ibtisam tengah hari, hari ini. SMS daripada kaklong di kampung. Sepupu Ibisam, kak Za telah dipanggil ALLAH. Agak sedih...tapi, bila Ibtisam fikir...ini mungkin Rahmat kasih sayang ALLAH buat Kak Za. Kak Za dah lama menderita penyakit kencing manis. Beberapa tahu dulu, sebelah kaki al-marhumah telah dipotong sehingga lutut. kemudian ALLAH uji Kak Za lagi dengan awal tahun ni sebelah satu lagi dipotong...dan pagi tadi berakhirnya penderitaan sepupuku yang dikasihi...

Semoga ALLAH menempatkan Kak Za di tempat seindah2 tempat bersama para Sooliihiinnn...

Rabu, 28 April 2010

Is it ImpoRtanT???

 
Setiap ciptaan ALLAH pasti ada kebaikan nya untuk kita kerana sifat ALLAH Yang MAHA PENYAYANG...

masa kecik-kecik...

Tetiba teringat kat abang2 kakak time Ibtisam kecik2 dulu...best je...dimanja, sntiasa dilindungi walaupun kadangkala sering dibuli oleh abang2 n kakak2 Ibtisam....best dan indahnya ketika itu...

Mungkin takkan berulang lagi...abang sulong Ibtisam yang kami panggil Abe pun dah bersteri, anak pun dah dua sepasang...comel2 je dua orang beradik tu... Kakak2(Kaklong dan Kakcik)  pun masing2 dah bekerja, Abng ngah pun dah kerja... Tinggallah Ibtisam je yang masih ternganga2 dalam kelas menadah curahan2 pensyarah2 yang dikasihi...

Tapi, sekarang dah abis musim menadah...hehhehe..ayat...
Sekarang dah stat musim peperangan kertas dan pen...serta kalkulator...Bagi Ibtisam la...setiap subjek mesti ada kalkulator, kalau tak, kosong je la kertas tu tanpa jawapan...

Pagi tadi mula 9 pg hingga 12 tgh hari Ibtisam berperang dengan Dynamic & Vibration...tak tau la...jawab dah tak jawab ikut soalan...tapi ikut apa yang tahu je... Ya ALLAH , Ibtisam nak lulus subjek Dynamic & Vibration tu...& subjek2 lain gak...kalau boleh, dah taknak jumpa subjek Dynamic ni lagi sem depan...

Emmm...

Ahad, 25 April 2010

Just not a joke...

Kisah seorang cikgu tadika
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

 






Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?Murid-murid : ada.Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.Amin: cikgu ada otak tak?Murid-murid : tak ada.

Sabtu, 24 April 2010

PERJUANGAN...QITAL!!!

YA ALLAH...AKU SERAHKAN SEGALA ILMU YANG TELAH ENGKAU AJARKAN KEPADAKU, MAKA AKU MEMOHON DENGAN PENUH PENGHARAPAN AGAR ENGKAU KEMBALIKAN IA KETIKA AKU AMAT MEMERLUKANNYA....

Selasa, 20 April 2010

Terima kasih Abu Saif...

Assalamu'alaikum teman- teman seperjuangan....Ibtisam dah lama tak baca artikel Abu Saif @ saifulislam. Pagi ni Ibtisam tergerak hati untuk buka website Abu Saif. Tersentuh hati ini, kerana seolah-olah terkena batang hidung sendiri...Ibtisam akui, dah banyak ilmu2 agama yang Ibtisam pernah belajar di bangku sekolah, kuliah agama dilupakan...ayat-ayat suci al-Quran dihafaz dulu pun dah hilang dalam fikiran...Kenapa??? Kerana Ibisam belajar dulu untuk jawab exam...untuk lulus...untuk dapat sijil...bukan untuk bekalan akhirat...bukan untuk pedoman sebagai "Lampu suluh" kehidupan...

Ya ALLAH...bantulah diri ini kembali seperti dahulu...Pimpinlah hati ini kembali ke asalnya...

Terima kasih Abu Saif....Terima kasih Ya ALLAH... 

Dari Abu Saif; (untuk Ibtisam & teman-teman seperjuangan...)

“Bagus tulisan ini. Bangun, siapa yang menulisnya!”, kata Dr. Mustafa Abu Zaid.
Sahabat saya, Khair (bukan nama sebenar) bangun tersipu-sipu. Hampir 300 biji mata yang lain tertumpu kepadanya.
“Kamu pelajar tahun dua ya?”, tanya beliau kepada anak muridnya yang seorang ini.
Khair mengangguk. 
“Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, tanya Dr. Mustafa lagi.
“Saya dari Kelantan”, jawab Khair.
“Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami.
Semua orang terpinga-pinga. Apakah yang Dr. Mustafa Abu Zaid maksudkan dengan “ohh patutlah” tersebut?

“Baik, ini saya ada satu lagi hasil kerja. Sila bangun siapa yang menulisnya!”, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan arahan. Kali ini lain sedikit nada suaranya.
Sahabat kami, Hakim (bukan nama sebenar), terus bangun. Kelihatan agak resah di wajahnya.
“Kamu pelajar tahun empat?”, tanya Dr. Mustafa.
“Ya!”, jawab Hakim perlahan.
“Ini hasil kerja pelajar tahun empat? Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, soal Dr. Mustafa. Keras!
“Saya dari Johor”, jawab Hakim.
“Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami, sekali lagi.
Habis semua orang terpinga-pinga. Tambah kebingungan.

AKSES FIKRAH

Saya tersenyum, sekadar menggelengkan kepala. Saya faham benar akan Dr. Mustafa Abu Zaid. Beliau mengajar kami subjek Dakwah Islamiyyah, subjek yang sangat berkesan dalam proses mengakses fikrah pelajar-pelajar Syariah tentang tanggungjawab dakwah dan perjuangan.
Jangan pula ada yang beranggapan, hanya dengan menjadi pelajar Syariah, sudah tentu ada fikrah tentang tugas dakwah warisan Anbiya’ itu. Belum tentu. Dr. Mustafa Abu Zaid sangat arif tentang hal ini dan beliau tidak mensesiakan setiap ruang dan peluang untuk ‘membasuh’ fikrah anak muridnya.
Mungkin sebab itu ramai pelajar Malaysia tidak suka dengannya. Tetapi beliaulah pensyarah yang paling saya minati. Sukar untuk saya ungkapkan, tetapi soalannya sentiasa menarik perhatian saya, dan jawapan saya pula selalu sesuai dengan kehendaknya. Hasilnya, Alhamdulillah, markah peperiksaan bagus. Hubungan juga bagus. Lebih dari sekadar pensyarah dan pelajar, tetapi pendidik dan mutarabbi dari kalangan kami.

KAJIAN GERAKAN

Kali itu, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan assignment kepada kami. Beliau mahu kami mengkaji dan menulis tentang gerakan atau parti yang wujud di negara  masing-masing. Satu contoh gerakan yang mendukung idea Islam, idea Nasionalisma, idea Sosialisma dan satu idea lain yang wujud.
Saya gembira sekali dengan tugasan sebegini. Hampir seminggu saya menyelongkar perpustakaan universiti dan kedai-kedai buku di Amman untuk mencari bahan. Terkasima juga bertemu dengan tulisan-tulisan pemimpin PAS dan ABIM yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, termasuk juga buku-buku yang disunting oleh Sheikh Azzam al-Tamimi.
Tentu sahaja di ketika itu (1995), belum ada apa yang dinamakan sebagai internet, dalam dunia pengajian kami.
Bagi pelajar yang biasa dengan usrah, tentu sahaja assignment sebegini tidak sukar. Tahu hujung pangkalnya. Tetapi bagi yang tidak pernah peduli dengan Tarbiyah, dengan dakwah, bertemu kesulitan yang besar untuk menyelesaikannya.

KE PEJABAT

Kami keluar kelas bagai cacing kepanasan. Ada yang marah, ada yang ketawa, ramai yang tersenyum dan terus diam. Saya bergegas mengejar Dr. Mustafa Abu Zaid ke pejabatnya kerana beliau berpesan begitu. Turut bersama semasa itu ialah Ahmad yang juga peminat Dr. Mustafa Abu Zaid.
Di pejabat beliau, beliau meminta kami menjelaskan dengan lebih terpeinci tentang suasana politik di Malaysia. Beliau khuatir dengan Anwar Ibrahim yang dilihatnya mengkhianati perjuangan Islam.
“Jangan sampai jadi macam Anuar Saddat!”, katanya, merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang muncul dari khemah al-Ikhwan al-Muslimun tetapi bertukar menjadi musuh paling keras dan kejam terhadap Ikhwan.
Saya melihat di atas meja beliau ada buku BACAAN, yang menjadi rujukan golongan Anti Hadith di Malaysia. Manalah ‘Tok Sheikh’ ini dapat naskhah itu, kami berdua kehairanan.

PEPERIKSAAN LISAN

Semasa kami sedang berbual, tiba-tiba pintu bilik Dr. Mustafa diketuk. Seorang pelajar Malaysia muncul dan memberi salam.
“Urusan apa?”, tanya beliau.
“Ujian Satu subjek Aqidah 1″, jawabnya. Saya dan Ahmad beralih ke tepi.
“Kamu sudah selesai baca buku Ubudiyyah karangan Ibnu Taimiyah itu?”, soal Dr. Mustafa Abu Zaid.
“Sudah, Alhamdulillah”, balas beliau.

“Baik, silakan duduk. Soalan pertama saya, kamu parti mana?”, tanyanya. Pelajar itu, dan kami berdua sama-sama tercengang.
“Err… err…!”, beliau serba salah mahu menjawabnya.
“PAS atau UMNO?”, soalnya terus.
“Bukan, bukan! Bukan PAS, bukan UMNO!”, jawab beliau. Cemas!
“Habis? ABIM?”, Dr. Mustafa Abu Zaid menyoal lagi untuk memudahkan jawapan.
“Ya…”, jawab pelajar tersebut.
“Baik. Soalan kedua saya, hasil bacaan buku Ubudiyyah itu, terangkan kepada saya bagaimana ABIM faham Islam?”, soalan Dr. Mustafa Abu Zaid makin ‘telanjang’. Tembus dan telus.
“Err… err…”, gugup sekali pelajar tersebut mahu menjawab soalan itu. Tentu sahaja tiada dalam jangkaannya akan disoal sedemikian rupa. Saya dan Ahmad juga resah mendengarnya.
“Saya mudahkan soalan saya ya. Macam Islam PAS atau macam Islam UMNO?”, Dr. Mustafa menembak soalan lagi.
“Tidak, tidak! Bukan macam PAS, bukan macam UMNO. Kami tengah-tengah!”, jawab beliau.
“APAAA!!!”, Dr. Mustafa sangat terkejut. Merah padam mukanya.
Kami kesejukan. Silap benar jawapan sebegitu wahai saudaraku…
“Tengah-tengah!!! Tiada tengah-tengah dalam masalah ini. Sama ada kamu pilih Islam atau kamu pilih Jahiliah. Mereka yang baina baina (tengah-tengah) hanya kaum yang bersekongkol dengan Nifaq. Adakah kamu maksudkan ABIM begitu?”, soalnya lagi.
“Tidak, tidak… bukan begitu!”, jawab pelajar itu. Wajahnya sungguh panik.
Saya dan Ahmad meminta izin untuk keluar. Kasihan melihat pelajar tersebut yang tersepit dan terjerat.
“Jangan! Duduk sini”, tegas Dr. Mustafa Abu Zaid menahan kami.
Saya dan Ahmad duduk semula.
“Habis, bagaimana sebenarnya Islam yang kamu fahami dan perjuangkan. Terangkan kepada saya”, ujar Dr. Mustafa.
“Saya tidak tahu!”, balas pelajar itu perlahan. Sayu bunyinya.
“Kamu bilang kamu sudah habis membaca kitab Ubudiyyah. Tetapi kamu tidak dapat jelaskan Islam apa yang kamu perjuangkan. Wallahi, kamu belum faham apa yang Ibnu Taimiyyah cuba sampaikan dari buku itu. Pergi balik dan baca semula. Setelah faham, baru datang jumpa saya dalam tempoh satu minggu”, Dr. Mustafa Abu Zaid meredakan kemarahannya.
Biar pun beliau seorang yang tegas, tetapi ketegasannya ialah pada menegaskan fikrah dan kefahaman. Dalam bab peperiksaan dan pemarkahan, beliau seorang yang bertolak ansur dan memberi peluang kepada pelajarnya.

KELAS BERIKUTNYA

Dua hari selepas itu, kami masuk semula ke kelas Dakwah Islamiyyah.
Jam sudah sedikit lewat. Kami hampir-hampir sahaja mahu meninggalkan kelas kerana Dr. Mustafa Abu Zaid amat jarang tiba lewat ke kelas.  Beliau muncul tetapi wajahnya kemerahan.
“Saya kecewa!”, katanya memulakan kelas kami.
Dewan Teater 5 itu sepi. Tentu ada sesuatu yang tidak kena.
“Saya telah dipanggil oleh Dewan Senat kerana ada di kalangan kamu yang mengadu dan menuduh saya menyebarkan propaganda di dalam kelas!”, sambungnya lagi.
“Kamu tahu apa itu propaganda? Iaitu kenyataan tanpa dalil dan pembuktian. Apakah ada mana-mana keterangan saya yang tidak merujuk kepada dalil? Cakap!”, tegas guru kami yang seorang ini.
Saya sendiri sejuk-sejuk tangan dan leher dibuatnya. Gerun.
“Salman! Mana satu Salman? (bukan nama sebenar)”, beliau memanggil nama pelajar yang membuat pengaduan tersebut.
Seorang rakan kami dari Indonesia bangun.
“Oh, kamu! Apa alasan pengaduan kamu?”, tanya beliau.

BERANI MENJAWAB

Salman menegaskan bahawa beliau tidak suka dengan idea assignment tentang gerakan dan parti yang diberikan tempoh hari. Katanya, subjek Dakwah Islamiyyah sepatutnya mengajar tentang cara-cara berdakwah, bukannya bercakap tentang politik kepartian.
Dr. Mustafa Zaid, merah padam mukanya.
“Kamu sudah baca silibus subjek ini?”, soalnya lagi.
“Sudah doktor!”, balas Salman.
“Faham isi kandungan dan matlamatnya?”, tanya beliau.
“Faham”, jawab Salman.
Wallahi, kamu tidak faham satu apa pun dari silibus tersebut!!!”, marah Dr. Mustafa Abu Zaid.
Kelas menjadi sepi. Tegang, bukan tenang.

AYAH, BUKAN PENSYARAH

Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah!

“Kamu semua dengar sini. Aku mengajar kamu bukan kerana mencari duit. Aku bukan berdiri di sini sebagai pensyarah. Aku adalah bapa, dan kamu anak-anakku. Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah! Jika kamu melaporkan kepada Raja sekali pun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku!”, Dr. Mustafa Abu Zaid bersyarah.

Wajah dan janggutnya basah dengan air mata.

Saya juga gagal menahan sebak. Puas mengelap air mata, kerana saya tahu Dr. Mustafa memaksudkan apa yang diperkatakannya.

“Kelas tamat untuk hari ini. Kamu semua jangan datang ke kelas ini lusa, kecuali setelah kamu tahu apa maksud Surah al-Dzaariyaat ayat 56!”, beliau terus melangkah keluar dan memberikan salam kepada kami.
Ubudiyyah kepada Allah… itulah butir hikmah yang Sheikh Mustafa Abu Zaid semaikan ke jiwa kami.
Hanya jauhari yang kenal manikam!

Rujukan: www.saifulislam.com

Apa itu TAQWA??

“Apa itu taqwa?”, tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhuma.

“Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?”, balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

“Pernah saja”, jawab Umar.

“Apa yang kamu lakukan?”, pintas Ubai.

“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati”, jawab Umar lagi.

“Itulah TAQWA!”, simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.

TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.

Orang bertaqwa bukan orang hidup ikut suka.

Pejuang bertaqwa bukan pejuang yang berjuang ikut suka.

Mereka mengambil kira segala peraturan Allah, perkara yang memenangkan, dan perkara yang membinasakan

rujukan: www.saifulislam.com.

Muslihat Dunia...

Ya ALLAH....


Hanya pada-MU hamba mengadu akan kelemahan diri ini dalam menjalankan kwajipan-kewajipan , amanah-amanah yang terlalu berat untuk hamba memikulnya...

Ya ALLAH

Hamba akui...diri ini sering kali alpa dalam kemewahan hiasan dunia....
Hamba jua akui betapa diri ini terlalu kerdil dibandingkan dengan dengan taklifan yang Engkau letakkan di atas pundakku yang amat lemah ini...


Hamba jua akui...diri ini sangat lemah...
Hamba akui...diri ini sangat naif...

Ya ALLAH...

Bantulah hamba...
Tolonglah hamba...

Hamba amat lemah Ya ALLAH...
Hamba amat naif....

Bantu hamba menjalankan segala amanah yang telah hamba ikrarkan....
Bantu hamba menjalankan segala kewajipan yang hamba lafazkan...
Bantu hamba menjalankan segala taklifan yang hamba qasadkan...

Kepada-MU hamba memohon ampun segala kederhakaan, segala maksiat yang hamba lakukan...

Terimalah diri hamba yang amat lemah ini...
Redhailah setiap helaan nafas yang Engkau izinkan...

Hanya padaMU Ya ALLAH...
Aku bergantung harap...

Ahad, 18 April 2010

AmaT MeRindui...

Pintu depan...(mmg xde pintu lain dah...)

Tempat melepak...menimba ilmu...baca paper...kemas kan... :-)=

Sakit???? Datang la UK...jauh nye...nk kna g UK...UK= unit kesihatan....

Yang kat atas tu tuk sakit jasmani...yang atas ni (4th picture) tmpat tuk mngubati penyakit Rohani...emmm...

Tempat di mana pensyarah2 mncurahkan ilmu2 ALLAH yg amat bernilai kpada Ibtisam & rakan2 seperjuangan....semoga mereka semua sntiasa dalam rahmat kasih sayang ALLAH...

Khamis, 15 April 2010

sambungan...


Cinta, Love, Kasih, Sayang…begitu subjektif…susah untuk diterjemah dalam suatu bentuk apa pun…
Seorang anak Cinta.. kepada ibu ayahnya…
Seorang kakak atau abang Cinta …kepada adiknya…dan sebaliknya…
Seorang suami Cinta… kepada isterinya…begitu juga seorang isteri…
Cinta, Love, Kasih , Sayang juga dizahirkan sebagai simbolik penghargaan di atas segala pengorbanan, jasa dan budi insan tersebut…ianya akan lahir tanpa dipaksa-paksa…  Namun, betapa indahnya seandainya Cinta itu jua dilahirkan dengan adanya rasa Cinta kerana ALLAH…
Cintakan ibu ayah kerana ALLAH… Begitu juga dengan ibu bapa Cinta, kasih dan sayang kan anak-anak mereka kerana ALLAH…Maka anak tersebut pasti akan sentiasa patuh, taat kepada kedua orang tuanya… Para Ibu Ayah pasti akan memelihara dan mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang untuk memastikan anak-anak mereka membesar dengan berlandaskan syari’at Islam, melahirkan zuriat keturunan yang soleh solehah… 




Cintakan keluarga kerana ALLAH…Maka segala permasalahan dapat di atasi dengan penuh kasih dan sayang… Tiada perebutan harta…tiada pentingkan diri…tiada iri hati sesama keluarga sendiri…saling menghormati…membantu meringankan beban keluarga…
Cintakan suami atau isteri kerana ALLAH…Pasti masalah dalaman dapat diselesaikan dengan penuh berhemah…ke’abaian pasangan disimpan rapi…segala salah faham cuba diubati…
Cintakan ilmu kerana ALLAH…Pasti akan menjaga diri daripada melakukan segala kemungkaran yang boleh mendatangkan murka ALLAH kepada kita semasa dalam tempoh masa menuntut ilmu tersebut… Ilmu dituntut bukan kerana kerjaya atau cita-cita dunia semata-mata, tapi dalam masa yang sama untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kejayaan ummat Islam… Ilmu dicari untuk membela nasib ummat Islam yang tertindas…bukan sekadar ilmu untuk manfaat diri sendiri semata…sentiasa gunakan ilmu yang ada untuk tingkatkan kualiti iman, amal di sisi ALLAH…






Cinta terlalu kompleks…banyak cabangnya…Cuma, apa yang Ibtisam ingin kongsikan ialah kepada siapa pun, kepada apapun yang ingin kita Cintai…kasihi…sayangi…zahirkan lah ia atas dasar kerana ALLAH…FILLAH… kerana apa yang ada dibumi disekeliling kita hanyalah ‘pinjaman’ dari ALLAH… Cintakan manusia…manusia akan ‘pergi’ satu hari nanti…kerana itulah perlu ada rasa cinta kerana ALLAH…supaya apa yang berlaku akan datang…kita mampu menerimanya…kerana kita semua adalah milik ALLAH…tiada yang kekal melainkan ALLAH…
Telah bersabda Rasulullah akan kasih sayang ALLAH kepada kita yang sangat kerdil ini... (Hadis 40 - yg ke-42)
Maksudnya: Dari Anas radhiallahuanhu, berkata,"saya mendengar Rasulullah bersabda, ALLAH subhanahu wa Ta'aala berfirman, (bermaksud) "wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-KU, niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan -Ku, pasti engkau Ku ampuni. Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-KU  dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-KU dalam keadaan tidak menyekutukan -KU sedikit pun, pasti AKU mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi." 
(Hadis riwayat at-Tirmizi. dan beliau mengatakan bahawa hadis ini Hasan Sohih )
Penyayang kan....sesungguhnya ALLAH MAHA PENYAYANG.... tapi, kita bagaimana??? semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk membuat pembaharuan untuk sentiasa bernafas dalam kasih sayang, keberkatan dan redha ALLAH...
Jumpa lagi…

Selasa, 6 April 2010

Cinta, Love, Kasih , Sayang Fillah

Kata Maher Zain dalam lagunya; Always be there:

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me, the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

Bila cinta, kasih, love, sayang dibicarakan tentunya berjuta2 pendapat yang berbeza. Kenapa? Pastinya berbeza mengikut ilmu, pegangan, prinsip masing-masing. Ditanya kepada orang yang ‘alim pastinya jawapannya Cinta hanya untuk ALLAH…Ditanya kepada orang awam, masyarakat biasa, cinta kepada ibu bapa, ahli keluarga, kawan-kawan… Ditanya kepada yang berpasangan sebelum sahnya mereka untuk berpasangan (istilah biasa couple) pasti cinta kepada pasangan masing-masing.

Salahkah mencintai sesama manusia???

Pastinya tidak!!

Kerana sudah menjadi fitrah kejadian manusia ingin dicintai dan mencintai. Tapi, cinta yang bagaimana…itu sebenarnya ramai dalam kalangan manusia akhir zaman ini salah menafsirkan erti cinta, love, kasih , dan sayang. Seterusnya kegagalan untuk menggapai cinta masing-masing memberi kesan negatif kepada diri mereka sendiri. Inilah yang menjadi punca utama penyakit manusia akhir zaman iaitu Wahn. Apa itu WAHN..????

Mari kita sama-sama hayati hadis ini…Khazanah Rasulullah;

Daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah bersabda; (yang bermaksud) “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi sollallahu’alai wasallam menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahn’. Seorang sahabat bertanya; “Apakah wahn itu Ya Rasulallah? Nabi menjawab:”Cinta pada dunia dan takut pada mati.

Amat benar apa yang diceritakan oleh Rasulullah 1400 tahun lebih yang lalu. Cinta yang dizahirkan penuh tipu daya, penuh muslihat yang punya matlamat untuk kesenangan jua kemewahan di dunia semata-mata.

Dari Ahmad Fahmi Zamzam di dalam kitabnya; Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman mendifinasikan “Cintakan dunia” sebagai tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan ALLAH Ta’ala. “Takutkan mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan Agama ALLAH.

Ibtisam akui diri ini juga seringkali meletakkan manfaat dunia di hadapan. Sedangkan Cinta, Love, Kasih, Sayang ALLAH lah yang utama untuk kita kejar…hingga ke hujung nyawa… ibtisam juga sering kali leka untuk mengejar habuan dunia…sebab itulah Ibtisam cuba gunakan kemudahan blog ini untuk kita sama-sama ambil manfaat untuk kita menggapai Cinta, Love, Kasih , Sayang Fillah…

Jumpa lagi…