Sabtu, 18 Oktober 2014

ALLAH, Dengan Nama MU aku hidup

~ Ataxia


https://bos.etapestry.com/prod/viewEmailAsPage.do?databaseId=NationalAtaxiaFoundation&shareMedium=label.facebook&etapCacheBuster=1413389748479&jobRef=1195.0.29082703

Kajian demi kajian dilakukan, sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Tiada jawapan ditemui.
Inilah tanda kebesaran ALLAH. Tiada yang mampu menandingi kuasaNYA, kehebatanNYA, kebijaksanaanNYA mngatur setiap makhluqNYA

Inilah juga dalil bahawa hanya kepada ALLAH jua, setiap makhluq bergantung harap, sandarkan doa dan harapan.

Doktor Pakar juga ada beritahu, banyak yang dilakukan daripada x-Ray, Ct-scan, MRI demi MRI untuk mencari jawapan punca penyakit yang sebenar, tiada jawapan yang ditemui. Hanya berdasarkan simptom yang dialami dan ujian fizikal, rumusan terakhir terpaksa diakur. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui jawapan segala kesulitan ini.

Doktor bukan tuhan, hanya makhluq yang diberi kebolehan, kecerdasan akal untuk membantu sesama insan dalam usaha rawatan secara klinikal.

Pada saya, wahai thobib, Doktor sekalian, selain rawatan secara klinikal, ada baik juga usaha rawatan diiringi dengan pemakanan sunnah, rawatan berbekam, urutan, rawatan Islam, herba dan sebagainya serta solat, zikir dan doa.

Sebelum ini, saya berjanji pada diri, jika saya ditaqdirkn menghidapi penyakit ataxia ini, saya akan berusaha sehabis baik berikhtiar dengan rawatan lain dan moga menjadi panduan kepada generasi sekarang atau akan datang yang mungkin akan mengidapi penyakit yang sama. Walaupun, pasti ada cabaran besar yang perlu saya tempuhi. Tapi, saya tahu saya tidak keseorangan. Saya ada ALLAH, saya ada keluarga bersama saya.

Tidak sekali saya berbangga dengan penyakit ini. Cuma ingin berkongsi rasa, sakit tidak akan membawa kita seribu duka, malah membawa kita berjuta bahagia kerana hikmah disebaliknya pasti ada untuk kita.

Walaupun ia amat dikenali dengan incurable disease, tiada ubat untuk menyembuhkannya, maut menanti bila-bila masa sahaja.

Ketahuilah dan yakinlah, mati itu bukan permulaan duka, tapi permulaan bahagia menuju kepada Pencipta kita.

- Saya Alyani Aziz, penghidap spinal cerebellar ataxia.

Aya Kito Malaysia, In sya ALLAH

In sya ALLAH satu hari nanti, Ibtisam akan luangkan masa untuk berkongsi rasa dan erti sebenar penyakit spinocerebellar ataxia (SCA) ni.

Pernah satu hari sebelum ini, Ibtisam berkata pada diri, "Jika memang aku ditaqdirkan menghidapi penyakit ini, in sya ALLAH aku akan manjadi Aya Kito (atau nama watak Aya Ikeuchi dalam cerita 1 Litre of Tears) Malaysia. In sya ALLAH, Ibtisam akan terus kuat, tabah dan sabar melaluinya seperi Aya Kito @ Aya Ikeuchi, tentu sukar. Pasti lebih banyak cabaran, kesusahan, kesukaran yang Ibtisam akan lalui selepas ini.

Di sini, Ibtisam kongsikan link cerita 1 Litre of Tears:
http://en.wikipedia.org/wiki/1_Litre_no_Namida_%28TV_series%29




~Aya Kito (Aya Ikeuchi) Malaysia in Islamic version

Alhamdulillah, manisnya ukhuwwah mu sahabat2...

Alhamdulillahi rabbil 'aalamin...

Manisnya ukhuwwah... tidak terhitung Ibtisam, baik hati budi sahabat2 Ibtisam yang datang ziarah... yang msg, msg FB... tatkala mereka mengetahui berita official penyakit Ibtisam.

15.10.2014 - Kak Midah bersama suami, Abe Kamil datang rumah dan menetap semalaman, tidur di bilik bawah. Sambil ziarah sambil membawa barang kiriman Ibtisam; Madu Tualang, Minyak Zaitun, Buah Teen dan Stevia (beli dengan Din Q4). Seronok tidak terkata dapat bertemu mata bersua muka dengan Kak Midah. Tapi, ibu banyak curi masa Ibtisam, banyak yang ibu bualkan dengan Kak Midah, bercerita hal lama dan baru.

17.10.2014 - Fatin datang bersama Aisyatun. Aisyatun dah beli kereta hasil penat lelahnya bekerja di Farmasi Ehsan, Bandar Machang. Alhamdulillah dan tahniah, Aisyatun dah bekerja, semoga dipermudahkan soal jodohnya pula. Fatin pula, keesokan harinya akan bertolak ke Mesir, meneruskan pengajiannya. Alhamdulillah dan tahniah juga untuk Fatin berjaya mengutip ilmu di rantau orang, bumi anbiya' pula tu. Moga berjaya gred cemerlang pada masanya. Semoga dipermudahkan soal kerjaya dan jodohnya juga.

Persoalan di benakku; 'Jika Ibtisam yang sihat, ada sahabat lain yang sakit, mampukan Ibtisam seperti mereka berkorban masa untuk berziarah juga??'



Terima kasih Ya ALLAH...
Terima kasih Ya ALLAH...
Terima kasih Ya ALLAH...


Speechless

Speechless...

tiada perkataan yang dapat diungkapkan...

hanya senyuman yang mampu ku ukir...

setelah hampir setahun lebih ibtisam melepakkan diri di rumah kerana masalah kesihatan, akhirnya terjawab juga misteri yang menyelubungi ibtisam dan seisi keluarga. Lebih misteri dari misteri nusantara. Walaupon memang sudah dijangka oleh Doktor Pakar di HKK (Hospital Kuala Krai, Kelantan) dan juga Doktor Pakar di HRPZ (Hospital Kota Bharu, Kelantan) dan ibtisam sendiri dapat menjangkakan penyakit ini, tapi tetap terkejut dan terkedu apabila Doktor Pakar sudah mengesahkannya pada 15 Oktober 2014.

Spinocerebellar Ataxia (SCA). Dulu dikenali spinocerebellar degenerative (SCD). Penyakit ini lebih kurang seperti cerebral palsy.

keratan surat rujukan dari Doktor Pakar Neuro untuk Doktor Pakar Otrhopedic

Ibtisam masih lagi perlu dirujuk ke Pakar Orthopedic disebabkan masalah disc tulang belakang, perlu operate @ macam mana.

Kata Doktor, penyakit ini belum ada ubat buat masa ini walaupon teknologi dan sains makin canggih. Ianya tak mampu untuk menemui ubat untuk penyakit saraf ini, very rare disease.

Hanya terapi/fisioterapi sebagai bantuan untuk kuatkan otot2 dan badan. Ubat tiada disediakan. Hanya alternatif bermain fi fikiran Ibtisam di kala ini. Juga doa, solat, zikir dan muhasabah diri.




ALLAH Maha Mengetahui apa yang kita perlu. ALLAH Maha Sayang kita. Kita sahaja yang selalu lupa padaNYA. DIA beri kita sedikit rasa susah dan kita pula gelisah supaya kita tadahkan tangan, memohon dan berharap padaNYA.



Ya ALLAH, terima kasih memberi aku kekuatan dan ketenangan melaluinya...
Ya ALLAH, terima kasih memberi aku Ibu dan adik beadik yang sentiasa bersamaku...
Ya ALLAH, terima kasih memberi aku sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan melantun doa pada ku, juga menghulurkan sumbangan pada ku dalam bentuk wang ringgit...

hanya aku mampu melafazkan; Jazahumullahu khairan kathiran wa khairal jaza'... Sayangi mereka Ya ALLAH, Kasihi mereka Ya ALLAH...

Terima kasih Ya ALLAH...

Dengan ini, bermulah hidupku secara formalnya (officially) sebagai pesakit spinocerebellar ataxia (SCA). Tumpuanku hanyalah apa yang perlu ku lakukan sesuai dengan kemampuan ku untuk terus hidup selagi ALLAH masih mengizinkan aku bernafas di bumiNYA ini..