Ya Ummatal Khairal Anbiya', Barang siapa mengetahui bahawa dunia ini adalah negeri tempat berlumba untuk meraih dan mengumpulkan amal soleh dan ia pun mengetahui bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka semakin tinggi pula kedudukannya di syurga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikit pun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik... (Ibnu 'Aqil)
Selasa, 3 Februari 2009
Letih ke??
Letihnya... banyak betul assignment.... Banyak ke??..
sampai tertidur encik kucing ni... keletihan...
Emm... kita selalu mengeluh bila diberi satu-satu taklifan(tanggungjawab). Tanpa kita sedari ia sebenarnya satu nikmat yang terselindung di sebalik dugaan yang sangat hebat... Tahu tak nikmat = dugaan dan dugaan = nikmat..???
Allah bagi kita satu-satu nikmat, nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan segala anugerah yag diberi...
Allah menimpakan kita satu-satu dugaan @ cubaan @ ujian untuk menguji tahap kesabaran, keimanan serta ketakwaan kita untuk tabah menghadapinya dengan sentiasa husnuzzan
( sangka baik) dengan-NYA..
Langgan:
Catatan (Atom)