Ahad, 30 Disember 2012

jual beli.... as-saff

sakitnya, peritnya, hanya ALLAH sahaja yang tahu....

http://www.guidedways.com/chapter_display.php?chapter=61&translator=11&mac=&show_arabic=1

11) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

12) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

13) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.

14) Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

surah as-saff: ayat 11-14


Ya ALLAH... 
(Del..)
sahabat Ibtisam dalam dilema Ya ALLAH, permudahkanlah urusannya....
hanya Engkau tahu yang terbaik buat dirinya....


Ya ALLAH,
semoga Engkau memilih sahabatku, Del untuk bersama2 dengan Ibtisam menghirup nikmat perjuangan ini....

al-mutasaqitun...

Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah....

sebab-sebab...........

http://junditarbawi.blogspot.com/2012/07/golongan-yang-tercicir-di-sepanjang_29.html

Sabtu, 22 Disember 2012

purple...

Kak Yan kangan bangat sama kamu ....

Sahabatku... Ummi...

Tinggi-Tingi Gunung Kinabalu..


Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu...
~Lagu asal....~
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…
Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….
sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….
saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….
Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….
sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….
saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

~Lirik sendiri...~
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung langit tengok dari jauh
hati saya rindu…
Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
sudah ditaqdirkan dikau pergi dulu
hati saya rindu….
Di luar hospital pun ramai menunggu
al-Fatihah dan Yaasin tidak putus-putus berlagu
sekali melihat kesopanan budi pekertinya
saya jatuh cinta….
saya sayang sayang sama kamu
kasih sayang kita tidak terperi
sayang sayang kamu sudah pergi
hati saya rindu….
Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
sudah ditaqdirkan dikau pergi dulu
hati saya rindu….
Di luar hospital pun ramai menunggu
al-Fatihah dan Yaasin tidak putus-putus berlagu
sekali melihat kesopanan budi pekertinya
saya jatuh cinta….
saya sayang sayang sama kamu
kasih sayang kita tidak terperi
sayang sayang kamu sudah pergi
hati saya rindu….
sayang sayang semoga kita bertemu kembali
hati saya rindu….


~Kak Yan rindu sama kamu...~

Lagu Kegemarannya...

baru ku tahu kenapa Nusrah begitu suka lagu ni...

hari-hari duk pasang depan office kami...




Memang aku ini anak orang miskin

Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsaraMemang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan

Engkau memang cantik memang tidak padan

Dan tidak sepadan



Aku anak kampung tiada pelajaran

Kuli-kuli sahaja memang tidak padan

Cantik bha kau itu banyak yang tergoda

Lagi orang kaya



Chorus

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan

Rumahku pun teda ada pun bapa punya

Apa lagi belanja mahu bayar berian

Kahwin sama kamu



Bukannya ku tidak suka sama kamu

Tapi aku takut hidup kau kan sengsara

Kerana aku cinta

Aku lepaskan kau sama orang lain



Engkau masih muda cantik lagi menawan

Janganlah kau cari lelaki macam saya

Engkau memang cantik

Nanti kau menyesal tiadalah guna



Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan

Rumahku pun teda ada pun bapa punya

Apa lagi belanja mahu bayar berian

Kahwin sama kamu



Bukannya ku tidak suka sama kamu

Tapi aku takut hidup kau kan sengsara

Kerana aku cinta

Aku lepaskan kau sama orang lain

Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain




Kak Yan Kangan Sama Kamu...

Ya ALLAH....


sungguh aku rindu pada insan yang bernama Nur Nusrah binti Abdul Aziz...

kami berbintikan nama ayah yang sama...

rupa-rupanya, kesusahan hidupnya, seakan dengan hidupku....

namun, ku yakin, hidupnya lebih susah dariku...


Ya ALLAH.....

sungguh dia menyimpan begitu banyak perasaan duka di sebalik senyumannya..
dia begitu tabah berjalan di lorong-lorong duka...
begitu banyak duri menyinggah di setiap lorong singgahannya...

dia begitu sabar dengan ketentuan-MU di dalam warkah hidupnya...


aku yakin dan percaya...
ramai, sahabat-sahabat serumahku..begitu sukar menerima kehilanganya...
begitu pantas...

kadangkala bisikan jahat menyinggah di cuping telingaku...
mengapa doktor melambat-lambatkan prosedur "operation" untuk Nusrah...
mesti Nusrah sempat diselamatkan sebenarnya...
entah-entah doktor sengaja melambat-lambatkan...
mereka sudah biasa dengan kematian...
tiada rasa bersalah menyelubungi qalbu mereka dengan membiarkan Nusrah menderita sendiri...


Ya ALLAH....

saat ini...
masih sukar ku untuk menerimanya...
apatah lagi Yun dan Mai...
mereka lebih rapat mungkin dengan Nusrah....
pasti lebih terasa...

Kehilangan....

memang...
sangat terasa kehilangan....

Nusrah, seorang yang sangat baik, lembut hati dan dirinya...
sopan...
tabah dengan karenah seorang sahabat ni...yang tampak begitu rapat dengan Nusrah...
di mana sahaja ada Nusrah, mesti ada dia...

Dengan dia jugalah, Nusrah eksiden...


Ketetapan-MU....
sungguh berat...


bagaimana aku dapat melayari saki baki hidup ini dalam menunggu bulan Mac 2013 tanpa seorang teman yang amat dikasihi... Nur Nusrah binti Abdul Aziz...


agak hairan....

2-3 minggu sebelum 15 Disember 2012, kemanjaannya dengan diriku baru ku dapat tafsiri...

lewat petang 11 Disember 2012; aku terpaksa bermalam di kolej kerana ada urusan akademik... discussion mini projek Ergonomic Design untuk pembentangan mini projek; "Noisy Work Environment" pada Jumaaat (14 Disember 2012), sempat dia melafazkan sepotong ayat yang begitu menggiris hati ini bila terngiang-ngiang di telinga ku:" kak yan, jangan rindukan saya tau"... dengan mimik wajahnya yang begitu menimbulkan banyak persoalan di hati...

" Kak Yan tak balik rumah malam ni..."; nadanya hampir sedih mungkin...

Ya ALLAH, terasa bersalah meninggalkan Nusrah di minggunya yang terakhir...

bukan sengaja ku meninggalkan Nusrah dan sahabat-sahabat yang lain... aku tiada kenderaan, dah banyak menyusahkan sahabat-sahabat terutama Nusrah... hantar dan amik aku ke kampus...
di minggu terakhir itulah, Nusrah dan 'Ain yang tolong aku, hantarkan pakaian, selipar ke kolej Delima 3... penempatan sementara ku pada minggu tu...

Nusrah mengukirkan senyuman... yang amat berharga...
yang baru-baru ini baru ku dapat mengerti, itulah senyuman yang terakhir buatku... 12 Disember 2012 jam 5.10 - 5.15 petang..

" kak yan, jangan rindukan saya tau"

ALLAH....

memang...
memang kak yan rindu nusrah...
sangat...

"Kak Yan"....
Nusrah panggilku Kak Yan...
pernah Nusrah cakap semasa mereka duk sembang-sembang santai di ruang tamu Baitus Sumaiyah; "Saya sorang je boleh panggil Kak Yan"...

aku hanya tersenyum ketika itu....
tika itu aku di dapur atau di depan bilik air...lupa...


sungguh aku rindu....

Nusrah,
Kak Yan Kangan Sama Kamu...

Rabu, 19 Disember 2012

Life is School

Life is Engieering...

http://www.facebook.com/groups/259587657504163/

Isnin, 17 Disember 2012






17.12.2012:
kawan2, maafkan saya jika saya sntiasa menangis...

saya tidak ada remote control untuk off air mata saya daripada mengalir dan terus mengalir...

saya tahu kita kena redha...

tapi, sangat sukar...
Like ·  ·  · 19 minutes ago · 



16.12.2012:

18 Julai 2010 - Hospital Sungai Buloh

15 Desember 2012 - Hospital Klang Ampuan Rahimah....

Hospital2 yang menyaksikan, kita kehilangan (di dunia), dua insan yang amat disayangi, lagi dirindui....

ALLAH....

Selasa, 31 Julai 2012

Tentang Dakwah

Apabila berbicara tentang dakwah...
Hatiku kelu...

Apabila terdengar perkataan dakwah...
Hatiku terusik...

Apabila terpapar maksiat di depan mata...
Aurat didedahkan, Hubungan terlarang berpeleseran....

Perkataan Dakwah menjelma di kaca mata....

Apabila terheret lirikan manja, gurauan mesra kalangan perempuan lelaki bukan muhrim....

Menjelma lagi...

Dakwah...

Dakwah...

Dakwah...

Di mana Dakwah ku....

Ahad, 8 Julai 2012

Cinta Dakwah


Demi Cinta Suci


Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Nak, tapi...

Nak menulis,

tapi tak ada idea... camne ni...
ish..ish....

masa itu telah berlalu...

Berlalunya...

Berlalunya hari-hari yang penuh kekalutan, keserabutan, ke.... mcam2 ke lagi...
Design II, Asssignmnet, Final Exam; Control dan I.M.

Cuma, masih berbaki report mini project fracture dan presentation FYP 1 pda 18hb 7 nanti...

walaupun, masa dah ada, tapi, tak 'start' (dengan izin) pape gi tuk report ni. nak relax jap, boleh? (buat2 boleh la ea...)

Selasa, 1 Mei 2012

Inilah Kenyataan yang disembunyikan...


Semangat...


SAJAK KHAS UNTUK Ustaz Haji Mohamad Salleh AKU MASIH ADA KHUDRAT LAGI





Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
Hari ini 28hb Apr akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?


Biodata Ustaz :

Haji Mohamad Salleh Bin Abu Bakar K.M.N
Guru Agama Tauliah ,Negeri Perak ,
No.21,Laluan Taman Meru 8,
Taman Meru 28,30020 Ipoh,


sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=374868449230842&set=a.161295967254759.46984.100001230714955&type=1&theater

Isnin, 23 April 2012

Syeikh Ahmad Yasin ~ Idolaku


 

 
Kata Syeikh Ahmad Yasin, Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.


Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.


Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.


Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.


Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.


Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”