Ahad, 30 Disember 2012

jual beli.... as-saff

sakitnya, peritnya, hanya ALLAH sahaja yang tahu....

http://www.guidedways.com/chapter_display.php?chapter=61&translator=11&mac=&show_arabic=1

11) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

12) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

13) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.

14) Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

surah as-saff: ayat 11-14


Ya ALLAH... 
(Del..)
sahabat Ibtisam dalam dilema Ya ALLAH, permudahkanlah urusannya....
hanya Engkau tahu yang terbaik buat dirinya....


Ya ALLAH,
semoga Engkau memilih sahabatku, Del untuk bersama2 dengan Ibtisam menghirup nikmat perjuangan ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan