Selasa, 9 Ogos 2011

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya

Isnin; 8 ogos 2011, 8 Ramadhan 1432 H
Ibtisam diminta untuk menjaga kanak-kanak di masjid seksyen 16. Perasaan takut itu ada. Tapi, ibtisam cuba. Ibtisam ni bukan reti sangat layan karenah kanak-kanak ni. Dengan zaman sekarang n, kanak-kanak sangat ‘advanced’ dengan teknologi terutamanya “MukaBuku”(Facebook).
Dalam jam 8:40 mlm, Ibtisam pergi ke sana dengan Kak Aziah & Kak Ida. Kak Aziah yang bawa kami. Ibtisam tak ada ‘transport’. Tak tahu bila la nak ada ‘transport’ sendiri. Lesen pun tak ‘setel’ lagi. Tak cukup ‘budget’ nak teruskan lesen….itulah alasan yang sangat konkrit kiranya…
Sampai sana, dah ada 3-4 orang budak dengan seorang petugas, ilyana namanya. Hampir sama dengan nama Ibtisam…huhuhu….. Kami bertiga ditugaskan bersama menjaga budak2 tu. Bukan 3-4 orang je…. Ibtsam rasa, hampir 40 orang….
Bayangkan la, 40 orang kanak2 dalam satu bilik darjah…sangat ramai…… ‘Volume’ masing2 pun boleh tahan… Sampai ada seorang pakcik masuk bilik tu dengan berkata: “ Siapa bising, pakcik rotan nanti! Nak pakcik rotan ke??!!” Fuhhh….garang juga pakcik ni…bisik hati Ibtisam…. Kecut pankres eden…hehhehehh…
Kak Aziah membahagikan mereka dalam 3 kumpulan. Pertama; darjah 5-6, kedua;darjah 4 & ketiga;darjah 3 & selebihnya iaitu 9-5 tahun… Ibtisam jaga yang kumpulan ketiga. Mula-mula buat ta’aruf…just tanya nama je, sebab bising sangat. Tiga kumpulan dalam satu bilik, huhuhu…
Then, cek diorang punya al-fatihah…(macam al-fatihah ibtisam bagus sangat….tunggang terbalik gak..huhuhuu…) tak pe la…..just tengok2 bacaan diorang je…
Lepas tu, yang dah besar sikit, minta diorang baca al-quran. Lama2, diorang dah boring…(budak2 la katakan…), diorang gi main nyorok2 kat bawah meja…sabar je la….. Ibtisam pun dah tak tau nak layan macam mana…. Semuanya nakkan perhatian…”ustazah ustazah…tengok diorang ni…” .. Ustazah ustazah… saya..saya..”
Fuh, macam-macam…tapi, best gak sebenarnya, da gak la kije yang dapat disumbangkan tuk masjid ni. Daripada tak buat apa2, melenggok je kat umah(hari ni tak kije, cuti)…lagi baik jaga budak2…
Tengok kumpulan lain, kak Aziah buat kuiz untuk adik2 dia. Emmm… kesian la pulak kat adik2 Ibtisam ni. Ibtisam pun cuba la tuk bercerita pasal Nabi Muhammad. Ambil masa 5 minit gak la nak suh diorang berkumpul semula…sibuk duk main nyorok2 bawah meja. Lepas Tanya pasal nabi Muhammad, Ibtisam Tanya kat adik2 ni: “Siapa ALLAH”. Ada yang jawab: “yang maha berkuasa, yang tunggal”. Yang tu ok la.. Da yang jawab ALLAH ialah Rasulullah, da yang jawab ALLAH masuk syurga. Macam-macam jawapan yang agak menyedihkan. Terlintas di fikiran, betapa pentingnya keluarga yang muslim. Muslim dari segi seluruh kehidupan supaya anak-anak yang lahir dididik dengan aqidah yang sejahtera. Terutamanya dalam mengenal tujuan kita dihidupkan. Jawapan yang Ibtisam nak ialah: “ALLAH itu tuhan kita”. Tak pe la. Mungkin diorang masih kecil. Tapi, alangkah sayangnya yang kecil ini dibiarkan hanya leka dengan bermain tanpa kita semai jiwa mereka dengan mengenal ALLAH. MUNGKIN ini jawapannya mengapa ALLAH mengutus kami;Ibtisam, Kak Aziah & Ilyana ke sini…Masjid Seksyen 16.
Yang melucukan, ada satu suara comel tetiba terdengar: “Ustazah, saya tak bising kan…?” Ibtisam: “ye…syaza tak bising..” Comel sungguh si kecik ni…

Terasa hari ini sangat berharga. Walaupun hanya sejam lebih bersama mereka. Sangat bermakna dan memberi peringatan kepada Ibtisam bahawa: “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan